I'm okayFriday, December 14, 2012@12:48 AM
Assalamualaikum.
hai :) em nak start dari apa eh? yeahh im okay! hehe itulah persoalan yang awak harus tahu. Situasi saya , saya okay tanpa awak. Sekarang hidup saya lebih selesa , tak perlu nak menangis pasal awak fikir pasal awak dan semua yang berkaitan dengan awak. Saya okay :) Mula-mula memang susah nak lupakan semuanya. Hampir 7 bulan siapa tak sayang , mesti lah sayang kan. Tapi awak tak hargai sayang saya tu , awak permainkan saya. Walaupun saya tahu dari mulut orang lain tapi entahlah , saya lebih percaya dorang. Lgpun awak betul-betul dah berubah dan boleh jadi jugak awak berubah sebab benda tu. Bila saya dah sayang seseorang tu saya akan betul-betul sayangkan dia sebab saya tahu sakit sangat bila dipermainkan. Awak tak pernah nak hargai saya. Awak belum rasa macam mana sakit nya bila hilang orang yang awak dah sayang. Awak akan rasa kehilangan. Memang saya yang mintak awak lepaskan saya sebab saya dah tak larat nak buang airmata saya ni setiap hari untuk awak. Sedangkan awak? Awak tak peduli apa-apa tentang saya. Awak tak kesah apa yang jadi dekat saya. Mula-mula okay , sweetalker last-last? Apa yang jadi , saya pun tak faham. Memang saya sayang awak! Sayang sangat! Tapi sekarang sayang tu dah takda dah. Hati ni dah hancur. Takda lagi perkataan 'bie' dan 'sayang' lepasni. Saya tak tahu nak sayang orang macam mana dah lepasni. Saya tak tahu nak jaga perasaan orang dah lepasni. Saya tak tahu nak buat apa kalau ada yang datang lepasni. Semuanya berpunca dari awak. Saya rasa awak akan menyesal bila awak tahu apa makna sebenar sayang apa makna sebenar cinta. Awak cakap awak tak kesah kalau kalah dengan saya tapi awak kesah kalau hilang cinta saya. Mana pegi kata-kata awak tu? Awak tipu. Awak memang penipu! Selama harini saya bersabar dengan sikap awak dan saya selalu bersabar. Pernah awak tanya saya 'tak rasa nak balas dendam ke?' masa tu saya tak rasa yang diri saya ni bodoh tapi untuk apa saya nak balas dendam? Saya takkan balas. Saya tahu sakit rasanya , tak mungkin saya nak awak rasa benda tu. Awak takkan sanggup. Entahlah awak , mungkin tuhan akan balas. Kalau bukan dekat dunia tapi nanti dekat akhirat awak mesti dapat balasan nya. Suatu hari nanti bila awak tengok saya terbaring berserta kain putih yang membaluti seluruh tubuh saya agak-agak awak akan berhenti untuk sakitkan hati saya tak? Dan awak akan menyesal tak sebab awak dah hilang orang yang sayang awak. Bukan setakat hilang dari diri awak tapi hilang dekat dunia yang fana ni. Awak akan menyesal tak? Alhamdulillah , sekarang saya dah okay. Tak perlu nak tunggu mesej dari awak call dari awak semuanya dah tak perlu. Saya harap awak akan belajar untuk hargai seseorang dan jangan sampai awak pulak yang terkena. Semoga bahagia :) Walaupun orang yang akan membahagiakan awak tu nanti bukan saya. Takacare awak Muhamad parizuan b. hasanuddin :)
about me
talking tom
A big round of applause